Sunday, August 10, 2008

Kerja Kerja Kerja (gambo opis yang berselerak)

Hari ni aku start keja seawal mungkin. Bukan ape.. aku sekarang dah “behind schedule” bukan setakat kebelakang namun dah memamg bunga bunga “delay” dah berkembang mekar macam lagu Misya Omar tu. Jadi lepas sahaja bangun terus aku buat activiti sebelum mandi –angkat besi. Dah seminggu aku angkat besi ni tapi still tiada perubahan.

Masuk je bilik air terus la suluh muka kat cemin. Terkejut gak muka dah nampak cengkung. Heheh… that good news. Baru je berpuasa 3 hari muka dah nampak kesan. Lepas ni boleh ler mula puasa untuk seminggu dua sementara menanti Ramadan.

Sampai jer di pejabat buka internet. Dgr radio hot.fm ermm dah tengahari rupanyer kat Malaysia… kat sini walaupun baru kul 7 pagi. Panas nyer dah terasa. Abis je buka email dan baca message. Mula la mengemas opis… risau aku.. Tan Sri Hamdan nak datang Isnin ni.. Mau dia jengah opis… mengelabah la aku… jadi sebelum kena maki hamun. Baik aku start bagi nampak opis aku neat and tidy. Hampir sejam aku dok susun file tapi meja aku still berselerak.. kertas kertas masih tak berfile. Mmg aku cari nahas. Waaa… penat la… actually bukan penat sangat.. just fed up

No comments: