Sunday, November 8, 2009

Semua Tuhan Punya Kuasa

Kawan still arwah mak pesan "Ajal maut, Jodoh pertemuan dan rezeki semua kat tangan tuhan. Buat la cam mana pn tanpa Izin-Nya benda tak akan menjadi"

Tarik napas panjang nak tulis benda ni tapi since dah sejarah ok la.. tulis jer la.. bukan nak kasi tercalar sapa sapa pn. Ok kita start dari mula....

Dulu kawan kerja kat Kedah.. Staff kat sana mmg concern about kawan yang tak "berkawan" aka bujang. So ramai la calon di bawa untuk match making. ada yang kawan takmo ada yang family reject. Hitung panjang 2 orang yang kawan pilih untuk propose kat family. and ke 2-2 my family suka.. tapi nak buat camner.. sorang tu reject kawan "yer la,,, dia manager bank.. kawan keja gaji RM1.5k sebulan-waktu tu la" sorang laie bila dengar mak dia nak match kan ngan kawan terus bf dia masuk minang.... perhh cam lagu SM Salim la plak...

So dalam kebosanan nak melayan kerenah my officemate kawan sebelum p Sudan kata kat depa... kalau nak match making ngan kawan at least dia kerja Doctor. tu dia,, demanding nyer....bukan kawan demand... tapi nak kasi depa putus asa.. gila nyer demand.. mana ler ada doctor nak kan kat kawan.. So terputus la hubungan kawan ngan opis mate selama kawan keberadaan di Sudan ni.. so satu hari kawan dapat email siap biodata sorang doctor.. mak ai.... mmg dedikasi kawan kawan opis lama ni..

So sebab dah terlajak cakap.. maka kawan pn contact Doctor tu.. adess berbalas la plak.. So hubungan di teruskan la... sepanjang perhubungan tu mmg la asam garam.. gaduh.. sentap.. terkasar bahasa.. tapi kawan ni cepat amik ati.. yer la.. kita dok sesorang kat negara orang.. kena tekan kiri kanan.. dapat lak tekanan dari pihak doctor tu untuk meminang.. adess. cam cam pikir... umo rase still muda.. duit still tak cukup, badan rase cam tak besedia.. tapi since nak jaga nama baik kawan pn terima la cadangan untuk masuk meminang dengan syarat.. kawan akan p jumpa family dulu aka waktu raya lepas le.. pastu kalau kawan rase sesuai tunang bulan 1 thn depan and kenduri bulan 6 tahun yang sama..

so dalam diam kawan pn buat la persediaan.. beli cincin, contact catering, contact sana sini.. yer la kita dok sudan.. bukan senang nak urus.. namun semua ni family belah kawan tak tau apa apa.. yer la.. malas nak cerita coz takmo depa exited lebih.. so bulan 3 tu sempena my bro wedding kawan pn jemput la doctor tu datang kenduri. kawan cadang dia datang waktu siang sebab sure she wont be under spot light coz semua tgh sibuk esp my makcik makcik yang mmg dok tunggu time jer tu.... tapi request di tolak sebab dia kata dia kerja sampai kul 6pm and malam sebelum tu dia oncall. tapi still nak datang rumah . apa laie terpaksa la kawan p amik dia kul 8pm sebab waktu tu jer kawan free.. and umah dah lengang.. yer la.. semua dah balilk.. so takder la gosip gosip liar dari makcik makcik ku yang mmg ala ala mami jarum itu..

so kawan pn p la amik.. bukan sorang.. bawak my bro.. sebab kawan nak elak pitnah.. nak mampos bawak anak dara orang malam malam mau kena umpat nanti.. nama baik arwah mak ngan ayah kena jaga...sampai jer kat hospital, siti aka doc minta kawan bawak kereta dia.. alasan sebab tak bergerak dah almost 4 hari.. so cuba la kawan beranikan diri bawak vios yang baru koyak plastik 2 bulan itu.. sampai jer umah semua pakat tertanya la sapa yang datang.. tetiba kawan notice.. aik makcik makcik ada plak.. bila la depa ni mai.. ampeh.. abis la...

so apa laie.. kawan jemput la siti masuk dalam umah.. pekenalkan ngan sorang sorang my family members termasuk makcik2 and pak teh (tok imam aka kadi) bg kawasan kawan tu... cam nak pengsan rase bila soalan soalan maut keluar.. telinga terus merah.. muka ni mula la... so kawan serah siti kat kakak untuk layan since dalam umah semua pompuan. dlm ati.. abis la.. sok satu kampung sure tau..

as predicted. esok pagi pagi makcik datang... takmo jumpa kakak ipar baru tapi terus cari kawan. yer la nak korek rahsia dari mulut kawan sendiri.. sebab depa tau.. kawan ni tak akan bawak kawan pompuan balik umah. so abis la soalan soalan maut keluar... kawan cerita la yang betul. terlopong ada.. terdiam pn ada...

seminggu lepas tu siti call.. dia bgtau ada orang dari kampung kawan mai siasat dia. adess... makcik makcik aku ni mmg betul betul ala ala dalam filem Mami, nak comprem samada kawan buat buat cerita ke or betul... pastu apa laie.. satu kampung la di canang...

Seb baik la kawan melarikan diri ke Sudan.. yang kesian my sister la, orang kampung dah start bertanya..bila nak kenduri.. pening pening..

tapi kawan suruh cakap yang semua nanti kawan balik urus.. so terdiam la.. bila hari raya lepas.. kawan umum jom kita p merisik.. tapi ada syarat.. kawan nak bawak semua ahli famili ja. makcik makcik sori..so keluar la umah waktu raya pertama itu..kawan mmg tak bersedia.. tapi just ikut flow .... sampai jer kat umah tu.. kawan berjumpa la ngan parents siti buat kali pertama.. tgk sana sini.. adik beradik dia.. bla bla bla.. (bagi kawan ia seumpama majlis Taa'ruf dalam Ayat Ayat Cinta) Ta'ruf ni adalah perjumpaan insan yang akan mendirikan rumah tangga bersama muhrim. Kalu setuju menjadi suami isteri namun jika tidak menjadi saudara.

selepas majlis itu kawan tertanya.. keluarga siti mahukan jawapan. namun kawan muhasabah diri... mampukah aku dan bersediakah aku...... semalaman tidak tido memikirkan.. selepas tenang pagi nya kawan menyatakan kawan minta maaf sangat sangat sebab akan memalukan dua dua belah pihak kerana kawan terpaksa menarik diri atas ketidak sedia an kawan untuk berisiteri buat masa ini. seorang kakak kawan dah marah marah.. "aib katanya" seorang laie dah menangis sebab terkilan keputusan kawan.. aduh berat nyer rase. tapi ini berdasarkan masa depan kawan dan kawan berhak.. abg abg menyokong dan kawan sendiri menyatakan kepada siti bahawa jodoh kami tidak sampai.

kawan berterima kasih kepada kawan kawan yang memberikan semangat waktu itu and siti, abg minta maaf sesangat dari ujung rambut sampai ujung kaki kerana mengecewakan dan memalukan siti.. abang sedar semua ini salah abg,

kalau nak tau ni la cincin kawin yang kawan beli kat ari tu.. Loose diamond satu carat. and harga sebijik batu dah cecah 5 angka. cincin yang masih menunggu tuan. (patut tak jual cincin ni sebab reservation kat Concorde dah cancell?)

4 comments:

ayin said...

cam kes aku,sib baik aku lom sampai ke tahap beli cincin ;-(

ezam said...

hidup kite..biar kite sendiri yg tentukan....benda lain org leh masok campur tapi bab2 personal let us decide what besst for us not them...

takpe ko muda laie blom 3 series mcm guwe nih..kkawen atau tak tak jadi isu for me walopon org sekeliling dh kepoh....think positive maknenya derang concern sayang kt kite...huuhhuhh

ape2pon dalam usaha untuk menyempurnakan diri sebagai lelaki sejati jangan sesekali menghancurkan dan meyakiti hati dan perasaan org lain....

sekian~

dzafarrie said...

kawan still arwah mak pesan??
macam mana tue abang??

mama... said...

jumpe ko kt cni plak...

hmm, jgn sedey2 naa.. mmg jodoh, ajal, rezeki di tgn tuhan...kite hanya merancang....