Thursday, June 3, 2010

Zakat Emas... Zakat Perak


Sebagai Muslim.. kita sure tak lupa nak bayar zakat fitrah sebab zakat fitrah ni kena bayar dalam bulan ramadan... so since banyak kaunter zakat buka taim ni... kalau tak.. non ado ... heheh...

tapi apa plak ngan zakat emas perak? Perak dan emas untuk pengetahuan kena bayar zakat.. so sudu garfu ... candle holder yang beli dari Tiffany and Co tu kena bayar zakat yer... Emas lagi lagi la kena bayar...

so pengiraan zakat ada lah di bawah. (kawan copy paste dari intenet)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
    untuk pengetahuan lanjut bab zakat ni leh la g website ni... (click Sini)

    Kena ingat ler.... zakat tu wajib

1 comment:

ezam said...

baekkkkk ostat!