Showing posts with label gold. Show all posts
Showing posts with label gold. Show all posts

Monday, June 7, 2010

ASB vs GOLD



Tu dia.. ari ni kita bincang pasal salah satu pelaburan yang mmg jadi ala ala common bisnes di kalangan orang melayu ASB or Amanah Saham Bumiputra.

Berani kerat jari la kalau orang melayu and bumiputra tak tau pasal saham ni... orang orang non bumi cukup jeles kat ASB sebab satu satunya unit saham amanah yang memberi hasil tertinggi dalam bisnes yang di kelolakan oleh PNB.

apa kata kita tgk statistic ASB for pas few years.

tahun (31 December) 2007 2008 2009

Agihan 1 unit dana 8.00 7.00 7.30

Bonus 1.00 1.75 1.25

sumber dari PNB (clik sini)

so kalau kita simpan RM3239 pada january tahun 2009 dan maintain sampai 31 dec 2009 maka dividen kita akan dapat around RM276.93 or RM23.08 permonth...(8.55% per annum). not bad kan jika di compare ngan fixed deposit yang pada rata less then 4.0% per annum..

(apa laie cepat kasi penuh ASB ni...

menarik kan.... tapi bukan itu yang kawan nak citer apa kata kita pikir option yang lain
tapi pada masa yang sama kalau kita melabur dalam emas...(kawan amik kijang emas yang di produced oleh bank negara malaysia..)

menurut bank negara statistic (click sini)

pada 2 Jan 2009 harga emas kijang (1 oz)

Jualan RM3239
Belian RM3137

pada 31 December 2009

Jualan RM3902
Belian RM3669

so kalau kita beli emas pada harga RM3239 (2 january 09) dan menjual pada (31 december 09) kita akan dapat perolehan sebanyak RM430 (RM3669-RM3239) or bersamaan peningkatan sebanyak 13.27%

so camner apa kata kita pikir pikir kan... tapi kena ingat... setiap pelaburan ada risiko... risiko dalam ASB adalah yang terendah .....


Thursday, June 3, 2010

Zakat Emas... Zakat Perak


Sebagai Muslim.. kita sure tak lupa nak bayar zakat fitrah sebab zakat fitrah ni kena bayar dalam bulan ramadan... so since banyak kaunter zakat buka taim ni... kalau tak.. non ado ... heheh...

tapi apa plak ngan zakat emas perak? Perak dan emas untuk pengetahuan kena bayar zakat.. so sudu garfu ... candle holder yang beli dari Tiffany and Co tu kena bayar zakat yer... Emas lagi lagi la kena bayar...

so pengiraan zakat ada lah di bawah. (kawan copy paste dari intenet)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
    untuk pengetahuan lanjut bab zakat ni leh la g website ni... (click Sini)

    Kena ingat ler.... zakat tu wajib

Monday, April 27, 2009

Jutawan Emas.... Bleh ker?

Asalamualaikum....

Ari tu ada ler senior sekolah kawan online kat YM aka Yahoo Messenger.. Punya ler bercerita sakan.... pasal pelaburan... adess... sampai menguap la nak melayan...tapi since baik ati.. layan jer la... walaupun dalam ati ni... tuhan jer tau... kawan ni cukup malas nak melayan orang pepagi buta kat sini...sebab semangat nak buat kerja... tup tup dok melayan YM... last last kerja tak siap. .. (actually mmg malas)... he he he...

Adess terbabas sebentar dek..Ok Ok.. pernah dengar pasal Etika Emas Sdn Bhd..kalau tak tau try check this website....http://www.etikaemas.com ..

Senior ni punya ler berasap jari dok taip pasal dia melabur kat sini.. Dia dok pujuk kawan melabur. So kawan tanya ler dia. Berapa ko dah melabur... She said aroung RM120k..
OMG.. My jaw dropped.. kawan tanya laie.. mana dapat duit.. dia kata buat loan..

again OMG.. sanggup buat loan untuk melabur dalam Etika Emas tu... Apa kah pelaburan Etika Emas yang sampai dia berani buat such a big investment... (i will explain about modus operandi Etika Emas later)..

Rupa nyer dia melabur dalam pelaburan emas.

Citer pasal emas.. mmg teringat pajak gadai. Bukan aper dulu waktu family aku susah dulu banyak le barang emas family aku tersimpan rapi dalam kedai pajak. Yer la … single mother nak besarkan 9 orang anak. Pas tu sorang dok kat HBKL sebab jantung berlubang.. tapi alhamdulliah sekarang semua barang emas tu dah di tebus and pas mak aku meninggal dunia..semua barang kemas dia di agih agih kat sedara perempuan aku…

Tapi sekarang ni aku dah cam ada cita cita baru…since ASB dah tak leh top up....kalau ada duit lebih nak himpun emas... tapi yang sebenarnya emas ni ada lah penting sesangat dalam ekonomi. Simpanan emas sesebuah Negara akan menentukan tahap ekonomi Negara tersebut.. That y aku respect Nik Aziz/ Dr Mahathir sebab cadang kan guna dinar (emas perak) dalam urusniaga menggantikan USD.

Dari zaman pyramid mesir,rome, islam, Hitler and zaman moden, emas adalah logam yang berharga. Kalau di compare ngan platinum, uranium or plutonium emas ni still murah namun ia senang di jumpai and tidak berbahaya.


Boleh dikatakan dalam za,man islam dinar emas perak di guna pakai dalam perdagangan. Citer P Ramlee banyak guna istilah wang emas.Tapi tahukah kita bentuk duit syiling sekarang tu asal dari bentuk dinar emas.

Namun sejak pengenalan wang kertas and syiling, peranan dinar emas dah kurang. Banyak Negara yang ikut cara barat berniaga pakai matawang USD yang pastinya menguntungkan Amerika. Even jika kita sebut wang emas or perak sudah tentu ramai yang teringat lawak dalam citer P Ramlee. Namun kalau kita rujuk harga emas.. ia tak pernah susut. Dari dahulu sehingga
sekarang. Aku ingat waktu 1996 harga emas RM55 satu gram… tapi sekarang harga emas 1 gram RM120.. so dalam 10 tahun peningkatan sekali ganda. Ini bermaksud 10% increment per annum. 10% per annum sama jua la dgn simpanan dalam ASB. Kelebihan emas ni… kat mana mana senang nak di dagang, kiranya ekonomi gawat and matawang kita jatuh.. nilai emas tetap maintain.. so pilih la yang mana seswai……