Wednesday, May 27, 2009

Sungai Limau Hidrokarbon Hab - perluang balik kampung

ALOR SETAR 27 Mei - Kerajaan negeri bersetuju bekerjasama dengan Iran untuk mewujudkan program 'pulau berkembar' dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan antara kedua-dua pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, cadangan program itu melibatkan Pulau Langkawi dan Pulau Kish di Iran yang kini semakin popular di kalangan pelancong muslim.

Sehubungan itu, kata beliau, satu penerbangan terus antara kedua-dua destinasi akan diadakan bagi merealisasikan rancangan berkenaan.

"Para pegawai kedua-dua pihak akan memperhalusi perkara ini dan segala keputusan tertakluk kepada perbincangan itu.

"Jika tiada halangan, ia dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Iran, Mahdi Khandagh Abadi di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azizan berkata, dalam pertemuan tersebut, Iran juga menyatakan persetujuan untuk membekalkan sebanyak 30 peratus minyak mentah dalam projek penapisan minyak Sungai Limau Hidrokarbon Hab yang dijadual dirasmikan pada Ogos ini.

Katanya, projek berkenaan membabitkan kilang penapisan minyak yang memproses minyak mentah dari negara-negara lain sebelum ditapis dan dijual.

Menurut beliau, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk berkongsi kepakaran dalam sektor pertanian dan meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan. - utusan malaysia..

B (umah kawan) A (kawasan sungai limau) 12.3 km jer

Bersinar mata kawan ari ni.. bila baca berita ni..project yang betul betul kontroversi last last nak di rasmikan juga.. SKS Venture di katakan menjadi contractor untuk project terminal minyak ni..

SKS Venture merupakan salah satu syarikat milik SM Mokhtar Al- Bukhary. tapi apa yang best yer... project ni mmg dekat sangat ngan umah family kawan kat kedah tu.. just 12.3km jer... perh... naik motosikal pn tak kebas montot (lesen pn takder).

Terus berkobar kobar harapan kawan untuk balik Malaysia..untuk berbakti pada tanah air setelah bertahun melibat kan diri dalam project minyak di Sudan..

perh... bayangkan... dok kedah... Makan murah... RM5 henggit leh makan nasi ayam 2 pinggan..takder jam.. barang murah... leh bangun lewat.. semua serba heaven...

nak balik.... nak balik... yang paling best... leh dok umah kampung tu... sedangkan tempat jatuh lagi di kenang.. inikan tempat membesar... walaupn rumah tu kurang berseri selepas pemergian bonda... namun ati ni tetap nak menetap di situ.. kasih pada bonda masih utuh... eh.. dah 4 tahun rupanya mak menyambut panggilan ilahi... tak sempat dia merasa duit hasil titik peluh anak bungsu nyer ini.. hu hu hu...

my S.H sure happy kalau kawan dapat kerja kat project tu... leh jumpa ari ari.. hik hik hik....(dengan otomatik terus update resume)....

2 comments:

Ad Rifza said...

Wahh maju jugak Kedah yea..hehe.. Ada chance balik kg terchenta..Insyallah..
Salam ziarah..

Chef Aduka said...

BALIK KEJE KAMPUNG LA FRUZ LAGIK BAGUS...DARI DOK NEGARA SERBA PANAS TU....KANKA?