Disce Quasi Semper Victurus Vive Quasi Cras Moriturus ........................Latin "Learn as if always going to live; live as if tomorrow going to die."
Wednesday, April 22, 2009
Semalam aku Bermimpi
Maksudnya : Mimpi yang benar dari Allah dan mimpi yang buruk dari syaitan , maka apabila kamu melihat yang buruk maka hendaklah mengucapkan ‘A’uzubillah… dan berludah secara isyarat ke sebelah kiri kerana ia tak akan memudharatkan kamu !( HR Al-Bukhari dan Muslim )
Tiga Jenis Mimpi
1. Mimpi jasmaniah. Mimpi ini juga dipanggil mainan tidur . Ia sebenarnya adalah tidak penting dan disebabkan oleh fikiran yang kacau, demam, ramuan ubat, dadah dan penyakit. Mimpi ini tiada ramalannya.
2. Mimpi subjektif yang berdasarkan pandangan sendiri. Mimpi ini penuh dengan pelbagai pertanyaan. Walau bagaimanapun, makna sebenar mimpi itu tersembunyi di sebaliknya dan berkiasan. Mimpi ini yang telah dilalui oleh Aziz Misr ( pemimpin Mesir ) yang menyebabkannya bertanya pada Nabi Yusuf as.
3. Mimpi rohaniah. Mimpi ini dijalani oleh roh sendiri. Mimpi ini adalah seperti yang dilalui Abdullah bin Salam ra yang memasuki Islam selepas meyakini kebenarannya.
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi sebegitu biasanya hanya membesar-besarkan situasi yang anda sedang alami atau sesuatu kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya mencerminkan sesuatu yang berkaitan dengan situasi pada masa lampau, sekarang atau masa akan datang kejadian tersebut akan terjadi...
bagi kawan mimpi ni mainan tido.. usually kawan akan terlupa apa yang kawan mimpikan waktu tersedar. tapi mimpi semalam dan malam sebelumnya telah buat kawan berpikir
1) mimpi pertama- Sudan mengalami musim hujan
2) mimpi tentang ular
bercerita tentang mimpi pertama... hujan dan air bertakung... laman rumah kat sudan ni penuh air.. adess.. hu hu hu... sedih dan terkilan.. bukan ape... kat luar tu document kawan berlambak tak masuk dalam umah laie... so sure kalau hujan abis basah... kerja kat sini telah buat kawan rase tertekan sebab musim hujan laie 2 bulan nak datang... sapa tak risau jika document semua terdampar kat luar... naper tak wak masuk umah?.... sebab dah tak muat... separuh dah selamat dalam umah... hu hu... sekarang musim panas kat Sudan.. mmg hujan tidak turun selama 4 bulan. dari March sampai July.
bercerita pasal mimpi kedua...mimpi ular... dah 2 malam mimpi ni... ha ha ha...ular adalah salah satu makhluk tuhan yang paling kawan geli...mmg rase meremang bulu kalau tgk haiwan ni.. naper mimpi... tak tau la plak....
meh kita tafsir mimpi...
1-st pasal hujan dan air bertakung...hujan yang lama berhenti , akan menandakan anda akan sakit keras...mimpi melihat air banjir, bersirat akan mendapat rezeki
http://tafsir-mimpi-anda.blogspot.com/2007/08/tafsir-mimpi-c.html
2-nd pasal ular- akan mendapat pasangan hidup jika mimpi dipagut ular. mimpi ular membawa kebahagian...
2nd mimpi ni buat aku tergelak sendiri...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dalam mimpi pasal hujan & banjir tuh, ko basah tak? ;-)
kih..kih...kih...ala-ala mimpi basah..
rasanya ko akan lalui ari2 penuh BAHAGIA pas ni,bahagia yg jeneral:syiok,happy,xserabut..dll .moga2:-)
Post a Comment