Wednesday, November 11, 2009

Karnataka Wedding - Part 1

Kawan sampai ke Chennai ibu negeri Tamil Nadu guna flight Air India Express (tambang murah India) di sebabkan mogok pilot Indian Airlines. Seb baik flight dia selesa compare to Air Asia... and dapat makan gak...




Setibanyer di Chennai.. aik takder sape pn mai amik.. mmg la.. sebab kawan tak call pn my boss.. (tu la niat jahat sangat sebelum mai) pastu amik la taxi p cari hotel.. Taxi driver charge Rps 500 mahai nyer aka RM40 dari Chennai Airport to T-Nagar kawasan town kat Chennai yang faymos ngan kedai sari.. (tapi berbaloi gak sebab dekat dekat 1/2 jam baru sampai... ada a/c) so apa laie check in bilik Hotel apa nama tah.. dengan harga RM79, murah.. bilik besar katil king laie.. tapi hotel usang..bila dah check in baru la tido yer la.. dari KL kul 9 pagi..sampai chennai kul 9 gak.. 3 jam beza dari KL... sebelum tido... kawan sms boss la cakap kawan dah sampai kat Hotel ni...

Bangun jer tido... tetiba boss call.. siap tegur sebab kawan tak roger roger.. adess. kawan kata no problem at all. so boss kata dia nak mai amik.. tak bagi kawan dok hotel tu....so bila boss datang kawan pn transfer to club house.. sampai jer kat club house tu.. aik.. apasal bangunan ni nama cam boss ako... mmg sah ler ni hotel family dia.. he he he...So boss explain yang lusa kita orang akan p Bangalore..ades lusa? abis esok nak buat aper.. boss kata . esok i give u a car and a driver untuk bawak g ronda.. yess....


Esok nyer apa laie ronda pekan Chennai la.. mostly kawasan shopping complex... saree.. murah gilo.. so kawan beli saree sepasang (sister) and kurta (myself untuk pakai kat wedding)... Chennai ni takder la teruk sangat... cuma crowded tahap stadium.. ramainyer orang......tetiba jakun tgk orang.. driver pesan.. jangan kasi duit kat beggars takut depa rampas beg. actually takder la beggers sangat kat Chennai ni.. yang ada sorang dua jer...

makan.. ermm for those yang tak tahan mmg susah skit.. tapi kat Chennai ada nasi Kandar Pelita tau.... (aik datang jauh jauh takkan nak makan nasi kandar pelita kot....) so kawan pilih MarryBrown.. ha ha ha.. cultural shock jab....nak telan kat tepi jalan tu leh.. tapi kawan kawan kat malaysia tak kasi kata tak bersih takut sakit perut.. so later later.....siap depa pesan nak minum air pn make sure air botol... sebab air pipe dia pn tercemar.. teruk sangat ka?


The next morning dalam kul 6.30am kawan bergerak ler ke Bangalore dengan geng geng pengantin lelaki.. 1st time la jumpa anak sulung my boss yang nak kawin tu.. anak 2nd and last dia anak laki gak.. tapi jumpa kat Sudan ari tu..

So perjalanan dari Chennai (Tamil Nadu) ker Bangalore (Karnataka) take about 8 hour dengan jalan str8 higway.. adess penat rase.....
R&R Highway Chennai-Bangalore
Polis and Trafic Check Point sebelum sempadan Karnataka-setiap kereta dari Tamil Nadu ke Karnataka or negeri lain (Vise versa) kena Bayar cukai jalan kat sempadan negeri- rate dia berbeza beza ikut negeri...
teh tarik India,, dia kasi satu cawan.. satu mangkuk.. ko tarik la sendiri.. best...
ada tips kat sini..selalu kita akan terbalikan cawan (yang ada air tu cam gambar di atas) so that air teh tu akan kekal panas untuk masa yang agak lama
Stop minnum air kelapa

Yang seluar putih ni Adik My boss.. ADUN kawasan Nellore kat Andhra Pradesh-Negeri sebelah Tamil Nadu (dia nyer voters sajer equal to one state kat Malaysia



Dah sampai ke S Hotel Banglore Karnataka

Baik Nye Scamm

Sejak Kawan kerja kat Sudan ni from April 2007 untill now, rotation balik kampung aka pulang ke Malaysia selepas 4 bulan. I mean selepas 120 hari berada di luar (termasuk hari cuti) dapat paid leave for 14 days. so kalau lebih aka more than 120 hari lagi lebih la dapat cuti.. he he he..

So di sebabkan kawan ari tu plan baik nyer.. kawan postpone my balik Malaysia sehingga cukup 5 bulan. so dapat la cuti 18 tambah 2 hari perjalanan hari perhh.. best kan. So kawan mula cuti start 28 august 2009 sampai ler 18 September 2009

Pergi Yemen start dari 29 Aug 2009 until 4 September 2009 pastu berjoli and berhura herey kat KL sampai 18 September.. Joli nyer takder la sangat sebab bulan posa...so siap siap la nak balik... 18 hb tu.... raya 21 hb.. adess... tension tension...so cari akal... nak postpone cuti, so tetiba Khartoum opis keluar statement "opis close from 18 sept until 23 sept sebab raya.. Yeahhh terus kawan call HR-ticket kata opis khartoum tutup. no use balik Sudan sekarang.. I ll be back on 23 Sept.. So depa kata ok.. bos tak kata apa apa...Dalam ati YESS Leh raya kat Kedah...so HR nak amik tiket om 23 kawan kata takpe... nanti kawan amik.. dalam ati 23 hb Opis KL tutup.. so kawan cadang 27 baru balik.. he he he.. so dapat laie postpone...

tetiba 24 hb opis Khartoum call.. "Mr Fairuz.. when ur coming back tu Sudan?" adess... ades..idea idea... tetiba firasat baru mai.. i reply... " i am not sure... but i will return after attending Mr Reddy's (my COO) son in Chennai" wah.. tetiba depa kat khartoum tu kata ok.,.. yeehaaa...

so Chennai i coming la.....(just nak attend kenduri kawin... perhh kira kenduri kawin yang paling jauh la kawan)- actully mostly sebab nak bercuti kat india and malas nak p sudan.. he he he

so next post kawan akan citer pasal tour g chennai untuk hadiri kenduri kawin itu.. antara Shruti and Managunta Chaitanya Reddy (my boss's son).

Sunday, November 8, 2009

Semua Tuhan Punya Kuasa

Kawan still arwah mak pesan "Ajal maut, Jodoh pertemuan dan rezeki semua kat tangan tuhan. Buat la cam mana pn tanpa Izin-Nya benda tak akan menjadi"

Tarik napas panjang nak tulis benda ni tapi since dah sejarah ok la.. tulis jer la.. bukan nak kasi tercalar sapa sapa pn. Ok kita start dari mula....

Dulu kawan kerja kat Kedah.. Staff kat sana mmg concern about kawan yang tak "berkawan" aka bujang. So ramai la calon di bawa untuk match making. ada yang kawan takmo ada yang family reject. Hitung panjang 2 orang yang kawan pilih untuk propose kat family. and ke 2-2 my family suka.. tapi nak buat camner.. sorang tu reject kawan "yer la,,, dia manager bank.. kawan keja gaji RM1.5k sebulan-waktu tu la" sorang laie bila dengar mak dia nak match kan ngan kawan terus bf dia masuk minang.... perhh cam lagu SM Salim la plak...

So dalam kebosanan nak melayan kerenah my officemate kawan sebelum p Sudan kata kat depa... kalau nak match making ngan kawan at least dia kerja Doctor. tu dia,, demanding nyer....bukan kawan demand... tapi nak kasi depa putus asa.. gila nyer demand.. mana ler ada doctor nak kan kat kawan.. So terputus la hubungan kawan ngan opis mate selama kawan keberadaan di Sudan ni.. so satu hari kawan dapat email siap biodata sorang doctor.. mak ai.... mmg dedikasi kawan kawan opis lama ni..

So sebab dah terlajak cakap.. maka kawan pn contact Doctor tu.. adess berbalas la plak.. So hubungan di teruskan la... sepanjang perhubungan tu mmg la asam garam.. gaduh.. sentap.. terkasar bahasa.. tapi kawan ni cepat amik ati.. yer la.. kita dok sesorang kat negara orang.. kena tekan kiri kanan.. dapat lak tekanan dari pihak doctor tu untuk meminang.. adess. cam cam pikir... umo rase still muda.. duit still tak cukup, badan rase cam tak besedia.. tapi since nak jaga nama baik kawan pn terima la cadangan untuk masuk meminang dengan syarat.. kawan akan p jumpa family dulu aka waktu raya lepas le.. pastu kalau kawan rase sesuai tunang bulan 1 thn depan and kenduri bulan 6 tahun yang sama..

so dalam diam kawan pn buat la persediaan.. beli cincin, contact catering, contact sana sini.. yer la kita dok sudan.. bukan senang nak urus.. namun semua ni family belah kawan tak tau apa apa.. yer la.. malas nak cerita coz takmo depa exited lebih.. so bulan 3 tu sempena my bro wedding kawan pn jemput la doctor tu datang kenduri. kawan cadang dia datang waktu siang sebab sure she wont be under spot light coz semua tgh sibuk esp my makcik makcik yang mmg dok tunggu time jer tu.... tapi request di tolak sebab dia kata dia kerja sampai kul 6pm and malam sebelum tu dia oncall. tapi still nak datang rumah . apa laie terpaksa la kawan p amik dia kul 8pm sebab waktu tu jer kawan free.. and umah dah lengang.. yer la.. semua dah balilk.. so takder la gosip gosip liar dari makcik makcik ku yang mmg ala ala mami jarum itu..

so kawan pn p la amik.. bukan sorang.. bawak my bro.. sebab kawan nak elak pitnah.. nak mampos bawak anak dara orang malam malam mau kena umpat nanti.. nama baik arwah mak ngan ayah kena jaga...sampai jer kat hospital, siti aka doc minta kawan bawak kereta dia.. alasan sebab tak bergerak dah almost 4 hari.. so cuba la kawan beranikan diri bawak vios yang baru koyak plastik 2 bulan itu.. sampai jer umah semua pakat tertanya la sapa yang datang.. tetiba kawan notice.. aik makcik makcik ada plak.. bila la depa ni mai.. ampeh.. abis la...

so apa laie.. kawan jemput la siti masuk dalam umah.. pekenalkan ngan sorang sorang my family members termasuk makcik2 and pak teh (tok imam aka kadi) bg kawasan kawan tu... cam nak pengsan rase bila soalan soalan maut keluar.. telinga terus merah.. muka ni mula la... so kawan serah siti kat kakak untuk layan since dalam umah semua pompuan. dlm ati.. abis la.. sok satu kampung sure tau..

as predicted. esok pagi pagi makcik datang... takmo jumpa kakak ipar baru tapi terus cari kawan. yer la nak korek rahsia dari mulut kawan sendiri.. sebab depa tau.. kawan ni tak akan bawak kawan pompuan balik umah. so abis la soalan soalan maut keluar... kawan cerita la yang betul. terlopong ada.. terdiam pn ada...

seminggu lepas tu siti call.. dia bgtau ada orang dari kampung kawan mai siasat dia. adess... makcik makcik aku ni mmg betul betul ala ala dalam filem Mami, nak comprem samada kawan buat buat cerita ke or betul... pastu apa laie.. satu kampung la di canang...

Seb baik la kawan melarikan diri ke Sudan.. yang kesian my sister la, orang kampung dah start bertanya..bila nak kenduri.. pening pening..

tapi kawan suruh cakap yang semua nanti kawan balik urus.. so terdiam la.. bila hari raya lepas.. kawan umum jom kita p merisik.. tapi ada syarat.. kawan nak bawak semua ahli famili ja. makcik makcik sori..so keluar la umah waktu raya pertama itu..kawan mmg tak bersedia.. tapi just ikut flow .... sampai jer kat umah tu.. kawan berjumpa la ngan parents siti buat kali pertama.. tgk sana sini.. adik beradik dia.. bla bla bla.. (bagi kawan ia seumpama majlis Taa'ruf dalam Ayat Ayat Cinta) Ta'ruf ni adalah perjumpaan insan yang akan mendirikan rumah tangga bersama muhrim. Kalu setuju menjadi suami isteri namun jika tidak menjadi saudara.

selepas majlis itu kawan tertanya.. keluarga siti mahukan jawapan. namun kawan muhasabah diri... mampukah aku dan bersediakah aku...... semalaman tidak tido memikirkan.. selepas tenang pagi nya kawan menyatakan kawan minta maaf sangat sangat sebab akan memalukan dua dua belah pihak kerana kawan terpaksa menarik diri atas ketidak sedia an kawan untuk berisiteri buat masa ini. seorang kakak kawan dah marah marah.. "aib katanya" seorang laie dah menangis sebab terkilan keputusan kawan.. aduh berat nyer rase. tapi ini berdasarkan masa depan kawan dan kawan berhak.. abg abg menyokong dan kawan sendiri menyatakan kepada siti bahawa jodoh kami tidak sampai.

kawan berterima kasih kepada kawan kawan yang memberikan semangat waktu itu and siti, abg minta maaf sesangat dari ujung rambut sampai ujung kaki kerana mengecewakan dan memalukan siti.. abang sedar semua ini salah abg,

kalau nak tau ni la cincin kawin yang kawan beli kat ari tu.. Loose diamond satu carat. and harga sebijik batu dah cecah 5 angka. cincin yang masih menunggu tuan. (patut tak jual cincin ni sebab reservation kat Concorde dah cancell?)