Friday, June 18, 2010

Berjimat Sebelum Abis....

apa kata kita tgk dua situasi ni

En A bekerja sebagai engineer berpendapatan sederhana (RM2000) sebulan. Overhead sebulan RM1000 sebab hanya menyewa bilik dan menunggang motosikal ke tempat kerja dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana. RM1000 ringgit laie di simpan dalam ASB.

En B bekerja sebagai jurutera berpendapatan tinggi (RM5000) sebulan. Overhead sebulan RM4500 kerana menyewa kondo mewah dan memakai kereta mewah dan gaya hidup mewah. RM500 disimpan dalam ASB.

Pada mata kasar En B nampak berjaya. Dia tinggal di rumah besar, kereta besar dan serba serbi mewah. Namun pada hakikat adakah En B benar benar berjaya??

Pada pendapat saya.. En A merupakan silent millionaire. En A sanggup menyimpan 50% dari pendapatan nya untuk masa hadapan. ini menyebabkan En A lebih selangkah berjaya dari En B. dalam setahun En A berjaya menyimpan RM12ooo namun En B hanya RM6000.

Bayangkan jikalau kedua dua mengalami musibah yang memerlukan wang tunai segera.. En A akan selamat berbanding En B. Bak kata pepatah... beringat sebelum kena ... berjimat sebelum habis. Dan harus bersyukur apa yang kita ada........


Monday, June 7, 2010

ASB vs GOLD



Tu dia.. ari ni kita bincang pasal salah satu pelaburan yang mmg jadi ala ala common bisnes di kalangan orang melayu ASB or Amanah Saham Bumiputra.

Berani kerat jari la kalau orang melayu and bumiputra tak tau pasal saham ni... orang orang non bumi cukup jeles kat ASB sebab satu satunya unit saham amanah yang memberi hasil tertinggi dalam bisnes yang di kelolakan oleh PNB.

apa kata kita tgk statistic ASB for pas few years.

tahun (31 December) 2007 2008 2009

Agihan 1 unit dana 8.00 7.00 7.30

Bonus 1.00 1.75 1.25

sumber dari PNB (clik sini)

so kalau kita simpan RM3239 pada january tahun 2009 dan maintain sampai 31 dec 2009 maka dividen kita akan dapat around RM276.93 or RM23.08 permonth...(8.55% per annum). not bad kan jika di compare ngan fixed deposit yang pada rata less then 4.0% per annum..

(apa laie cepat kasi penuh ASB ni...

menarik kan.... tapi bukan itu yang kawan nak citer apa kata kita pikir option yang lain
tapi pada masa yang sama kalau kita melabur dalam emas...(kawan amik kijang emas yang di produced oleh bank negara malaysia..)

menurut bank negara statistic (click sini)

pada 2 Jan 2009 harga emas kijang (1 oz)

Jualan RM3239
Belian RM3137

pada 31 December 2009

Jualan RM3902
Belian RM3669

so kalau kita beli emas pada harga RM3239 (2 january 09) dan menjual pada (31 december 09) kita akan dapat perolehan sebanyak RM430 (RM3669-RM3239) or bersamaan peningkatan sebanyak 13.27%

so camner apa kata kita pikir pikir kan... tapi kena ingat... setiap pelaburan ada risiko... risiko dalam ASB adalah yang terendah .....


Thursday, June 3, 2010

Zakat Emas... Zakat Perak


Sebagai Muslim.. kita sure tak lupa nak bayar zakat fitrah sebab zakat fitrah ni kena bayar dalam bulan ramadan... so since banyak kaunter zakat buka taim ni... kalau tak.. non ado ... heheh...

tapi apa plak ngan zakat emas perak? Perak dan emas untuk pengetahuan kena bayar zakat.. so sudu garfu ... candle holder yang beli dari Tiffany and Co tu kena bayar zakat yer... Emas lagi lagi la kena bayar...

so pengiraan zakat ada lah di bawah. (kawan copy paste dari intenet)

KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS & PERAK

  • Emas Perhiasan Wanita
    • Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram
    • Contoh:
      (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
      900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

  • Emas Yang Disimpan
    • Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    • Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram
    • Contoh:
      Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
      90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112.50

  • Perak
    • Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih
    • Contoh:
      800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18
    untuk pengetahuan lanjut bab zakat ni leh la g website ni... (click Sini)

    Kena ingat ler.... zakat tu wajib